Sejarah kejayaan Ali_Hassan_Mohd_Hassan

Kejayaan beliau bermula dengan modal kecil dengan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar piza untuk sara hidup dan yuran pengajian. Ali Hassan akhirnya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993 dan ditawar sambung belajar ke luar negara tetapi ditolak.

Pada tahun 1993 perniagaannya bermula di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan menjual barangan sukan. "Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas. Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,”. Ketika itu sukar mendapatkan pinjaman bank.Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati. Biar mereka ‘komplen’,” katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.“Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif. Itu tanda mereka sayang keahu melihat perniagaan kita berkembang,” “Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah.Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

Kini terdapat 114 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara .Kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain. Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan. Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini. Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.[1]

Pada 2010, aL-ikhsaN membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl kerana pelanggan wanita mahukan pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka .Jenama popular yang dijual ialah Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora.[2]